Tuesday, November 13, 2012

sakinah

assalamualaikum w.b.t

ini kanak2 comel namanya sakinah. dia anak sepupu aku. kesian sakinah..sepupu aku pegi keje n hantar pegi nursery. sepupu aku ni ngajar jadi tengah hari dah balik. pagi-pagi hantar baju 2 helai dan 4 pampers. masa dia balik baju dan pampers tak luak pun. sakinah pulak masa ambil dia akan duduk tepi pintu jer. sian dia. sampai kurus tak dibagi makan gamaknya.

maka, wancik jaga sakinah. seminggu sekali baru sakinah jumpa family dia.huhuhu..lebih senang. sakinah ni baby paling senang bagi aku. bagi dia cukup makan dan minum, confirm tak nangis. lepas tu baik sangat.dia suka tegur semua org yang dia tak kenal.hahaha..
kadang2 kami tak bagi dia makan sebab perut dia dah tegang. kemudian dia angkat baju tunjuk perut dia. tak dapat aku bayangkan mcm mana dia duduk rumah org tu yg langsung tak jaga makan minum dia. kesian wooo..sekarang ni sakinah dah kembali gemuk..hahaha..makan jer budak ni.


kadang2 pelik la dengan manusia ni. orang buka nursery jaga budak, ko pun nak bukak jugak..tapi anak orang tak nak jaga elok2. ingat senang ker orang nak dapat anak. ingat duduk rapat2 coihh kuar sorang ka..bila hantar pi pengasuh, macam2 depa buat. uish emo gila aku. aku ni kan jiwa rapuh sket. memang la mencabar kalau kerjaya pengasuh ni. tapi tanggungjawab la sikit. anak orang tu. bukan hantar kosong pun. bayar tau.

bagi aku benda ni semua terletak pada tanggungjawab. kalau diri sendiri takder tanggungjawab, memang takder maknerla..ko kerja la apa pun, kalau buat sambil lewa, orang pun tak suka. contoh mcm cleaner. ingat cleaner indon tu nak ke keje jadi cleaner cuci hampagas orang..mesti dorang pun tak mau. tapi dorang ada tanggungjawab lain untuk hantar duit kat kampung, maka dorang buat keje elok.2 cuci tandas kasi bersih. tapi org yg masuk plak main taram jer kan...hurmmm ntahlah..

semua benda kat dunia ni memang macam2 dugaan yang perlu di tempoh. semua manusia ada masalah tapi jangan jadikan masalah itu sebagai halangan untuk kita galas tanggungjawab yang kita sendiri pilih...


p/s:i luv james bond...hahaha

lots of luv
et

2 comments:

ct kektus said...

kat nurseri ramai sangat sampai diabaikan budak2 ni. nanti dah jadi kes polis baru nak menggelabah.

Eina Shah said...

done follow sis...can sis follow me back..TQ
http://shaheina.blogspot.com/