Sunday, December 23, 2012

the odd life of timothy green

akhirnya aku sempat tonton cerita ni...sedih giler...ni semua terpengaruh tgk kat astro la ni..

cerita dia berkisarkan sepasang suami isteri cindy dan jim green yang mengimpikan mempunyai seorang anak tetapi gagal walaupun mencuba. selepas berjumpa doktor, mereka sangat kecewa dan telah menulis semua harapan yang mereka inginkan jika mendapat anak dan semua impian itu disimpan didlm kotak. kemudian mereka menanam kotak tersebut dihalaman rumah mereka. selepas berlaku hujan yang lebat pada malamnya, mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang budak lelaki yang bernama timothy dan budak itu keluar dari kotak yang mereka tanam dan bernama timothy.
dekat kaki timothy ni ada beberapa helai daun dan setiap hari daun itu akan layu apabila impian yg ditulis oleh cindy tercapai. 

sedih sebab masa saat dorang nak berpisah...sedih sesangat.sampai menangis la aku dibuatnya...maklumlahhhh org yg tak der anak ni kan tpuching lebih sket...muahaha..
cerita dia ni mcm cindy ni bercerita pasal timothy la sebab dia nak mohon anak angkat...lagipun lepas berpisah tu, dlm kotak yg pernah diorang tanam (tempat timothy lahir) tu sebenarnya timothy ada tinggalkan surat...dia bagitau la sapa dia bagi daun2 yg dah layu kat badan dia tu..dan dia bagi semangat supaya jgn putus asa pada mak n ayah dia...masa ni serius aku sangat2 tersentuh...seronoknyaaa kan ada anak..



boleh klik sini kalau mahu tengok...

p/s:maaflaaa aku tak pandai sgt tulis sinopsis

lots of luv
et