Thursday, May 23, 2013

jab tak hai jaan

assalamualaikum

iyer ramai dah tengok kot citer ni..tapi sebab aku baru balik, so tak sempat godek2 kat internet, so aku pun buat muka garfield ckp kat melor nak beli citer ni kat astro...rm10 untuk 48 jam...hambik ko..pagi petang siang malam aku pasang shahrukh khan..kahkahakah...
hensem giler shahrukhkhan dlm citer ni..muahaha..gatai aku kan..scenery dlm citer ni semua cantik2..bestnyerrrr..kashmir kan memang cantik....

sinopsis
Samar Anand adalah seorang pegawai tentera India yang bertugas di dalam unit mematikan bom. Manakala Anusha Sharma adalah seorang wartawan penyiaran yang bertugas sebagai intern di Discovery Channel. Diari Samar Anand telah membuatkan dia mahu membuat dokumentari tentang lelaki tersebut kerana sanggup meminta Tuhan mencabut nyawa kerana selepas memisahkannya daripada cintanya, Meera Thappar.

Dengan tidak disangka, Akira jatuh cinta dengan Samar. Namun, dia masih tetap menyiapkan dokumentari tersebut. Namun, untuk melancarkan dokumentari tersebut, dia terpaksa meminta bantuan Samar untuk datang ke London. Samar keberatan kerana ia bersangkut-paut dengan kisah silamnya dengan Meera.

Namun, akhirnya Samar datang dan kemudian telah telah terlibat dengan kemalangan jalan raya yang mengakibatkannya hilang ingatan dan memperolehi Retrograde amnesia yang mana dia hanya dapat mengingati hal-hal yang berlaku sebelum ditimpa kemalangan yang pertama (dia pernah berdepan dengan kemalangan sewaktu zaman mudanya di London). Pun begitu, insiden itu telah menyebabkan dia bertemu semula dengan Meera.


aku amik dr murai.com.....heroin dlm cerita ni pun cantik sangat2...aku pelik gak kenapa meera tu tinggalkan samar..rupanya sebab samar eksiden n si meera ni plak berjanji dengan tuhan dia akan tinggalkan samar kalau samar hidup..sekali samar hidup..haaaa hambek ko..kena la tinggalkan samar kan..itu yg samar jadi askar tu..


 oleh kerana aku minat ngan shah rukh khan, jadi gmbr dia jerla..kena tukar tajuk ni...bukan jab taak hai jaan tapi shah rukh khan..kahkahkah



hensemkan gambar dia yg bawah ni..mihmihmih

masa tengok cerita ni, melor bengang jer ngan aku coz aku jerit2..mcm histeria jer tgk shahrukh khan..ada aku kesah kan..48 jam jer pa..pasni aku jerit2 plak tgk ko pa..hahaha

jab tak hai jaan ni maksunya selagi nyawa dikandung badan...last film from yash chopra sebelum dia meninggal..huhuhu lagu2 dia pun aku suka jugak...sedap jer..adushh dah  cukup 48 jam jadi dah tak leh tgk dah..huhuhu..owh shah rukh...

lots of luv
et