Sunday, June 2, 2013

umrah 2013 - mekah

assalamualaikum

sebenarnya bila pulang ketanah air, aku berkira-kira, mahu buat ntry atau tidak pasal umrah kali kedua aku ni..kadang2 bimbang dikatakan terlalu riak..kadang2 malu dengan perlakuan sendiri..tapi aku cuba kuatkan hati buat ntry ini juga sebagai kenangan aku kemudian hari..insyaallah..semoga menjadi panduan untuk yg baca dan kenangan indah untuk aku yg melaluinya.
kami bertolak ke mekah pada 06/5. kapal dijadualkan dprt jam 1700. perancangan untuk bawa mak n fil ini memang dah lama. dari 2 tahun lepas sebenarnya. tapi kami hanya merancang tapi Allah menentukan semuanya. walaupun mencari pakej yg sesuai dgn kemampuan kami, akhirnya kami ambil juga pakej jiran kami..alhamdulillah lega bila urusan selesai. ramai yang bertanya kenapa aku tak guna sahaja tiket yg kami ada. tapi biarlah ia menjadi pendirian kami. 
kami pergi menaiki pesawat nas air. alhamdulillah, walaupun pada mulanya ada yang kata sempit, aku memang dah cuak tapi bila tgk boarding pas adalah business class..hati terus berbunga..alhamdulillah sangat2 coz mak n pil aku selesa...melor tambahla selesa kan...makan pun best tapi dihati aku MAS tetap the best..mihmihmih
so setelah banyak kali diupdate n delete then try to update again pastu aku cancel so akhirnya aku rasa baik aku buat noted mcm ni jerlaaaa


1-perjalanan bermula 06 mei 2013. bertolak dari rumah aku di Nilai..malam tu atam n adik n mak tido umah kitorang..memang best..sepatutnya keje malam tapi aku cuti..alhamdulillah jugak coz tukar n tambah cuti last minit.mak baru sampai coz balik election kat felda selancar.

2-kami bertolak dari rumah dlm jam 1200 tengah hari. family melor sampai dlm jam 1130.pada mulanya nak  gerak lepas zohor tapi risau lambat sebab kami ramai..yang menghantar adalah icha, azhar n kwn dia yg akan ke Jakarta ptg tu jugak, bib, shima n adik serta awa…hohoho agak ramai tu kan…so kami akan jamak zuhur n asar kat epot jer lebih senang. Lagipun mesti ramai punyer coz semua penerbangan untuk umrah bermula 6 mei lepas election.klu salah maafkan aku..aku diberitahu begitu laaa..hehehe..



3-senang la check in coz travel agent uruskan..ni second time aku naik flight yang bukan MAS. Oleh kerana mcm lama jer coz ramai kan so aku bawak cik dah(mak aku) n mak melor pi surau nak sembahyang…mula2 pegi surau level 5 sebelah kfc tu tapi org ramai sangat2.so ajak pegi surau level 3 kat area kedai eraman (ketibaan dlm negeri) ujung sket..ingat org tak ramai tapi rupanya ramai coz lepas ngundi kan..jadi ramai tunggu flight n lepak kat dlm surau tu siap makan2..tapi aku istigfar jerla supaya elakkan marah2..mihmihmih…yerla kita nak kejar masa tapi mereka selamba boleh lepak2 kat dlm tu..serius memang sempit ms tu..jenuh nak letak muntot.

4-selesai sembahyang kami naik semula lvl 5 itupun dah berpuluh2 miscol dr melor n adik aku..hahaha..settel semua sampai atas tengok bording pass rupanya seat business class..alhamdulillah

5-lebih kurang jam 3lebih semua adik badik pun nak balik so kami pun masuk la..alhamdulillah coz cik dah kan guna wheel chair, so aku tolak n masa kat imegresen kami lalu kat laluan vip..carpet kuning ko..hahaha

6-perjalanan terus ke gate c01..biasa nas air memang selalu aku tgk kat c01 n aku suh mak aku pi toilet siap2.yerla toilet kapal kan kecik..sebelum masuk aku minum siap2 air mineral n simpan botolnya supaya senang nanti dlm kapal aku nak mintak air kat crew..aku kurang air dlm flight mula nak demam..huhuhu

7-dapat naik terus n masuk ikut warna..masa ni aku tak tau yer rupanya nas air ni system dia free seat..mula2 nak masuk kapal kena ikut color yg ada kat passport kita..sama konsep mcm jemaah haji..senang nak uruskan..then dah masuk kapal, crew akan cakap duduk jer mana2..hahaha..tapi kami nyer seat memang kat bussines class..alhamdulillah lega coz seat untuk family aku yg memang ada mslh kaki ni besar sket..jadi impian niat untuk selesakan family terlaksana dengan izin Allah..masa di kl aku memang tak tahu pun free seat untuk penumpang ekonomi yer..aku hanya tahu masa nak balik dr madinah ke kl..itupun coz ada jemaah bagitau aku ms sama2 tunggu kenderaan khas untuk wheel chair.

8-this is my first time naik b747..jadi Alhamdulillah semua jenis kapal terbang aku dah naik..yang MAS ada la..b737,b777,b747,a330,a380…tapi bagi aku mestilah keselesaan untuk A380 yang menang..memang selesa habis laa..hahaha

9-oleh kerana kapal ini adalah chatered dan bukan commercial flight, maka tiada entertainment yer..makan adalah 2 kali.tapi yg penting kaki mak aku bolehla diluruskan dibengkokkan n mcm la..maklumlah seat boleh jadi katil kan..kahkahkah(ok saya org kampung)

10-sejam sebolm sampai, captain akan ingatkan supaya berniat ihram .so bersiap la kan..aku bawak siap2 spray untuk ambil air sembahyang..sangat berguna..tapi kesian gak crew tu coz toilet banjir..walaupun berkali2 dah beritahu..

11-owh lupa aku memang ambil ubat period 2 hari sebelum pergi kerana tarikh aku pergi tu memang tarikh aku bakal period..alhamdulillah aku makan konsisten tapi lepas seminggu makan tanpa miss, akhirnya aku skip2 coz aku rasa aku takkan period.dan aku sentiasa mohon pada Allah supaya aku dikuatkan tubuh badan sebab nak bawa mak aku sembahyang di masjidil haram dan masjid nabawi..alhamdulillah sangat2..rasa seperti diberkati kerana perjalanan umrah dipermudahkan…

12-kami sampai ke hotel pada jam lebih kurang 1230 pagi…mutawwif ckp boleh masuk bilik rehat semua then esok pagi dlm kol 7 baru buat umrah..oleh kerana kami semua dah kali kedua kecuali mak melor yg pertama kali, maka kami decide pergi dlm jam 2 pagi…bilik semua Alhamdulillah walaupun bilik abah melor agak panas pada mulanya, tapi lepas tu dah ok..tapi kami terpisah level la coz mak melor level 10 kami level 11. lift ada 4 ok..jadi senang sangat2.

13-kami selesai umrah elok2 lepas subuh. Alhamdulillah sangat Cuma masa saie tu jauh sikit la kena pusing.depa tengah renovation kat area situ...alhamdulillah dapt tolak mak walaupun agak mengah..mihmihmih..maklumlah nak kena naik bukit safa dan marwah kan tapi bukit safa tu yg aku rasa tinggi sangat..hahaha..aku Cuma bayangkan mcm mana dulu siti hajar berlari-lari ulang aling dr bukit safa tu ke marwah sebab nak cari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s. aku rasa dulu bukit tu mesti lebih tinggi dari sekarang yang telah dipijak berjuta-juta umat islam seluruh dunia..wallahuallam

14-selesai subuh kami pun balik hotel n rehat..sampai hotel dlm kol 7 tgk mutawwif tgh tunggu jemaah lain..tapi dia ok jer..

15-kami rehat n tido tapi zohor pegi balik..seronok kat sana woo tapi asar kami balik..aku tolak mak mcm biasa la kan..lebih senang..tapi lepas asar tu aku tertido mcm hapa jer sampai mata tak boleh bukak beb..hahaha..sampaikan mak mentua aku yg amik makan untuk aku...love u la mak..mihmihmih..sapa jaga sapa yer.

16-keadaan disana yang asyik renovation n aktiviti pecah batu buatkan tempat aku lalu tu memang habuk n asyik gegar2 jer coz depa pecahkan batu tu..tapi jujurnya aku rindu bau habuk2 tu coz kat sana jer aku sanggup sedut..muahaha..sedap jer tgk batu tu panas2..buat kunyah baru tau..kahkahkah



17-alhamdulillah aku dpt solat di hijr ismail..jemaah umrah memang ramai sangat2. nak nampak kurang hanyalah masa sebelom solat zohor.sebab tengah panas kan..huhuhu..dan dpt solat bawah pancuran emas..gila blessing rasanya..dahla masa sampai tu aku dpt solat betol2 depan pintu multazam tu..aku main solat jer coz org ramai..nak tolak mak lagi kan, jadi aku ikut jer arah org..alhamdulillah syukur sangat2.


18-aku kurang bergambar dekat sana..sebab aku banyak gmbr org lain jer..mihmihmih

lepas zohor

20-2 hari pertama aku asyik beli chicken broasted yg  memang selalu kami beli masa first time dtg  tahun 2009. sedap gilosssss…kami tak banyak shopping pun kat mekah coz memang nak beli kat madinah jer..tapi ada gak beli tapi tak banyak la..hehehe..



21- 8 hari di mekah memang rasa sekejap...rasa rugi sangat coz ada masa aku kat bilik dgn mak. Owh rugi..rugi...rugi


22-kami melawat ladang unta dan juga tempat2 yg sewaktu dengannya yg dah ditetapkan oleh pihak travel agent..kami beli 3 botol susu unta..sebotol 5 riyal..yang minum hanyalah mak n melor..depa ckp susu unta sedap...moga kaki mak sekuat kaki unta...melor pun sama..huhuhu


melor dgn ygh jual tu pun lebih kurang dah..mihmihmih

23-kami melakukan tawaf wida selepas zohor..memang tgh panas la kan..tapi redha jerla..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii memang sedih gile...aku tak taula kenapa aku sedih sangat2. moga Allah jemput aku lagi menjadi tetamunya..barang memang dah packing siap2. so memang settle siap la..kemudian kami terus gerak ke madinah..

settle dah kisah dimekah...ini sekadar nukilan kenangan aku bersama family aku..

to be continued

lots of luv
et

2 comments:

lady lavender said...

bestnya Et!

alhamdulillah...thanks for sharing. Bila baca entry ni terasa membuak-buk perasaan nak ke sana. Moga ada rezeki kami jugak nanti..

et said...

hi kak LL..
insya Allah pasti akak kesana nanti..seronok kak..huhuhu