Monday, June 3, 2013

baiknyaaaaa dia

Assalammuailaikum,


Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan. Amira 
Abubakar from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang 
serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan 
hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan  segala yang 
saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah 
rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya 
percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau 
menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Pounds) kepada 
anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta 
peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah 
semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara 
kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda 
dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.


Salam,


Puan. Amira Abubakar.



korang pernah dpt emel mcm ni kan..berlambak-lambak...tapi sebenarnya ini tektik jahat depa jer ni...aku tau pun sebab benda ni terjadi pada seorang kenalan yg tak rapat pun..dia nak minta tolong jer sebenarnya ms tu coz dia sgt2 takut..ms tu dia nak balik keje dlm kol 8-9 mlm..memang aku selalu tgk dia balik lewat ingatkan ot..rupanya ada agenda...dia balik lmbt then ajak aku teman dia (aku tulis sini nama dia s jerla)tunggu husb dia kat luar sampai kereta husb dia sampai..bila dah sampai terus naik..tak mahu tunggu lama takut katanya..
alkisahnya dia telah menjawab emel seperti diatas tapi lebih kepada menawarkan bisness la...yg emel tu kata dia nak bagi peluang untuk sipenerima buat bisnes..maknanya dia bagi modal ajerla...s ini pun dah seronok yerla nak bisnes tapi duit org kasi gila tak nak kan..dia pun bagitau detail semua n bagi la acc no..pd hari kejadian, sipenipu ni transfer duit pada si s. bila check dia kata tak der pun transaksi...sekalinyer si penipu ni marah..dia kata s plak yg tipu..so dia ugut s supaya pulangkan balik total duit yg dia bagi lebih kurang dlm 10 ribu tak silap aku. dia siap tahu mana anak dia sekolah n ugut akan apa-apakan anak dia...memang gila beb...
s ni siap transfer duit lagi sebelum dia report polis sebab dia dah risau keselamatan family dia..dia transfer duit sebab dia takut..mestilah dia ketaq lutut beb...tapi bukan semua amount tapi dlm 3-4 ribu tak silap aku..memang dia dah cek dekat bank, tiada transaksi tapi sebab depa ugut n maklumat semua adalah betol,  itu yg dia bagi jugak tu..sian kan...
so bila dapat emel tu, baca ajerla..tak payah nak reply. mana ada org kat dunia ni nak bagi duit secara percuma tanpa apa2 sebab...itu namanya cerita dalam drama jer tu..sebab akhirnya diri sendiri yang susah..

sekian
peringatan untuk diri sendiri jugak
et