aku berbual dengan rakan senior
katanya.....
kalau ada org "jaga" ni umpama sekeping papan.
makin lama semakin keras. maklumlah backup ramai.
situasi ke'kabel'an ni kat mana2 institusi pun ada kan.
tak boleh nak lari la..
mcm tempat kerja aku yang lama dulu
memang nampak berat sebelah tapi biasalahhhh
kita kena redha jer kan..tambah kalau ada yang cantik n gebu
memang mcm aku yang berkarat ni tak dipandang la
bagus mcm mana pun ko kerja..
mcm tu jugak
bila dpt keja baru
ingat situasi itu dah tiada
maklumlahhhh kita zaman millenium katanya
tapi rupanya lagi teruk
kerja la macam mana pun tapi kalau ko bukan feveret mereka
buat salah sikit, sebulan nama kau dijaja
itu adalah lumrah kan
cuma untuk kita redhokan tu jer amik masa
maklumlah bila dah bukan feveret ni
semua kesalahan akan dituduh pada kita
hak kita pun akan ditegahnya
belum lagi yang mangkuk tmbah
bercerita yang bukan2
nak menjadikan cerita itu lebih hot
dari mushrom sup piza hut yang panas tu
jadi
jika kita mahu jadi papan yang keras pun
tak perlu salahkan paku yang bengkok jika diketuk
kita berhati-hati dan jaga kerja kita sendiri
jangan sampai orang lain menjadikan kesalahan kita
untuk menutup kesilapan mereka
setiap hari
sebelum tido aku berdoa supaya
aku bangun menjadi orang yang lebih baik
tidak berdendam, tidak menyakitkan hati org
tidak bercerita buruk tentang kenalan
tidak memburukkan kawan2
tidak bercakap yang sia-sia
sentiasa berbaik sangka
dan selebihnya aku serahkan pada
YANG DIATAS sahaja
semoga hari-hari aku terus
didalam redha dan hidayah-NYa
insyaallah
dan yang pasti ini bukan isu yang besar untuk orng lain mengambil kesempatan atas apa yang aku tulis. aku ada hak sebagai manusia biasa yang banyak kekurangan. ini tulisan aku..ini hak aku...ini wilayah aku untuk berkarya walau sementara..
adios..
hiduplah dengan tenang dengan sentiasa bersangka baik dengan org lain.