Monday, June 9, 2014

normalkah aku?

assalamualaikum...

semalam aku dikhabarkan tentang kemungkinan adik ipar aku mengandung..
bunting pelamin barangkali...
alhamdulillah kan..

tapi aku????#&^/
ntah
aku sendiri tak tau perasaan nak describe
sedih suka kecewa ntahlaaaaa.

utk org yg 2-3 tahun baru kawin
kalau tak de rezeki anak mungkin kecewa
tapi utk aku yg dah hampir sepuluh tahun ni...
hurmmmmmm
tak tau nak ckp apa?

bukan tak terasa
aku terasa..
bila melor cakap
seronok kan ada baby?
seronok kan klu bawak baby oversea..
abang kan klu ada anak nak mcm ni
nak mcm tu...
korang rasa aku tak kecewa ke bila suami sndiri ckp mcm tu
even bergurau
tapi hati aku tersentuh

korang rasa aku kuat ke?
bila semua org sibuk buat persedian raya
cari baju utk anak2
bila atok nenek beli mainan or pakaian utk cucu2 dia
yang pasti ko sendiri tak merasa
tak pernah kot...

kebal sangatkah hati aku?
bila aku sendirian
aku terfikir bagaimana rupanya aku seorang ibu?
garangkah?
lembutkah?
kuat membebelkah?
atau sama saja?

melihat kawan sebaya
berlumba2 bercerita dan bertanya
anak kau berapa?
yang sulung darjah berapa?
yang bongsu dah pandai apa?
aku malu semulaaaa
malu sama mahu menjadi kura2
biar aku masukkan kepala dibadan sendiri
dan diam seribu bahasa

belum lagi bila sidia busy dgn kerjanya
atau sibuk dengan handphone ditangan
aku sendiri selalu bermain perasaan
berasa curiga yang bukan2
sebab aku bukan wanita sempurna
aku hanya wanita yang penuh dosa

aku sendiri tidak pasti
bahagiakah dia dgn aku
gembirakah dia bersama aku
tanpa anak tetapi hanya aku?
&!/$@((^!/8*$!:,'8/$*!(72:

jangan dikata
tidak usaha
jangan dinasihat
tentang anak angkat
jangan dibilang apa2

ada yang perlu dicerita aku bangga
dan yang rahsia ku biarkan ia menjadi tanda tanya...

yang pasti aku bahagia
seperti yang ada sekarang
hanya ada aku dan dia
selamanya....