Tuesday, March 17, 2015

ia sudah jadi sejarah

Assalamualaikum

masih berkisar kenangan aku menunaikan umrah kali ini...
cerita satu...

Raudhah yang terlalu indah
kami sampai bumi madinah pada hari isnin..memang hati membuak2 dr tanah malaya lagi mahu solat diraudhah..pada pagi isnin semasa lawatan di kawasan masjid, terdapat kumpulan lagi satu yg mana ada makcik2 yg menaiki kerusi roda. kemudian aku lihat seorang makcik ni resah memikirkan bagaimana dia mahu menolak ibunya sebab dia pun tak larat. makanya aku menawarkan diri menolak kerusi roda tok ni tersebut ditemani anaknya disebelah. hati melonjak gembira sebab aku psti ruang aku solat di raudhah lebih mudah sebab tak perlu bersesak dengan ramai jemaah lain kerana kerusi roda punya laluan khas dan tidak perlu berebut dengan mereka yang sihat.

tapi aku istigfar semula..aku terangkan semula pada makcik tersebut.. rugi makcik tak tolak sebab nanti perjalanan makcik ke raudhah mudah. aku tolong tolak sehingga kawasan yang dibenarkan sahaja..kemudian jalan adalah rata. dia terdiam. agak resah sebab ini pertama kali dia ke sana. kemudian ada seorang lagi kawan2 rombongan mereka berkata " ala kita tahu je raudhah kat mana.. ini bukan pertama kali kita pegi"..
dia pun berkerusi roda jugak..kelihatan sihat aje tubuh badannya tapi wallahualam..
aku menolak kerusi roda tok  tersebut sehingga kedalam sebelum dihalau oleh penjaga wanita yang akan membawa jemaah berkerusi roda. kemudian aku rasa lega. lega sangat sebab aku tak mengambil kesempatan keatas mereka yg lemah...takpelah..ada rezeki aku tetap ada ruang utk solat di raudah kan...dan Alhamdulillah...

hari ketiga, aku nekad pergi seorang diri sebab hr kedua ada aktiviti lawatan. maka selepas sarapan, aku bergegas keluar bilik. dgn azam yang kuat aku sendirian ke masjid.. aku lebih senang pergi sendiri sebenarnya. walaupun di pesan berkali2 jgn pergi sorang2 tapi aku tawakal aje. kalau pergi sorang2 boleh berlama-lama di raudhah kan..huhuhu

sesampai di dlm masjid nabawi, terus mencari papan tanda dan alhamdulillah belom gerak pun.. makanya andai ada yg mahu kesana, selepas subuh, sarapanlah dulu..dan kemudian cuba pergi masjid sebelum jam 8 pagi..

tak lama kemudian laluan dibuka. dn kami bergerak bersama2 jemaah asia yg lain. aku gembira..hati sangat teruja mahu keraudhah dan berdoa disana..dan alhamdulillah, jam lebih kurang 1010 kumpulan aku dibenarkan masuk..berlari2 kami berebut tempat paling selesa di karpet hijau.. alhamdulillah tempat aku sangat selesa. lama aku disitu..hampir 15 minit tanpa dihalau oleh mereka..masyaallah ...indahnya dpt solat disitu tak dpt ku gambarkan. kelihatan agak selfish aku disitu sebab lama kan..tapi itu je ms yg aku ada sebab petang dah berangkat ke mekah. selesai solat  aku bergerak ke kanan sedikit. mencari port yang baik mengadap makam saidina Abu Bakar. Makam Rasululullah jauh sedikit dan agak sesak disitu. selepas menyampaikan salam dan berdoa utk kawan2 aku mula berdoa utk diri sendiri..Sebak, sedih sayu semua bergabung. tiada perasaan malu lagi dah bila mana sebelum ini melihat jemaah dr india yang selalu melalak2 kan..cuma aku masih terkawal..hahaha..kalau tak mesti dah kena halau..mihmihmih...

'Doa Ziarah Wida'
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."


cerita 2
Indahnya di Mekah

Malam kedua di mekah, aku masih demam..keadaan semakin teruk sebenarnya..badan aku memang tak larat. Tekak perit sampai tak boleh telan apa2. Makanan apatah lagi. hilang terus selera.  Rindu pada abah semakin membara. Hari2 lepas doa akan menitis2 air mata aku sebab rindukan dia. Malam tu lepas  isya’ dan telan panadol tanpa makan pun, sebab tak selera..aku sambung tido..dengan perasaan sebab dan rindukan abah.. perasaan aku pendam. Tak mahu kongsi pun dengan melor. Sebab abah aku kan..aku bukan suka share perasaan sedih dengan org kecuali bila sedih tu dah hilang. Baru aku akan bercerita.

Makanya, malam tu melor balik masjid n bawa air zamzam lagi. Dia pegang kepala aku n panas sangat katanya.. diambil baju putih yg nipis dituam kan kekepala. Sebab dia tak jumpa tuala kecil yg sebenarnye ada je dlm beg. Sebelum diletak kekepala aku, diletak dulu pada econ..sejuk bak ang….selang seploh minit dia akan check..baju tu kering sebab dek kepanasan badan aku. Melor cuak..dia risau dan kejap2 diletak pada econ supaya sejuk dan badan aku berkurang panasnye..kenapa letak kat econ? Sebab air kat dlm bilik kami tu suam..maklumlah cuaca di mekah kan sejuk…

Dan akhirnya aku terlelap..bila terlelap mimpi itu datang. Indah sekali.
Abah datang dengan berpakaian ihram. Senyum dan memegang kepala  sambil mengusap rambut aku..allahuakbar..seronoknye perasaan aku ms tu sebab aku gembira sangat. terasa dia mencium dahi aku.  Dan aku perasan abah bukan seorang..abah dengan nenek dan nenek antan. Dlam doa aku, sentiasa aku doakan abah, nenek, nenek antan,along, anjang, angah ghani dan angah chim sentiasa dikumpulkan bersama. Alhamdulillah..nenek dan nenek antan dtg jumpa aku disana..walau tak bersuara, walau tak mampu berkata2 tapi raut wajah mereka terus membuatkan aku ceria.
Aku merasa tubuh aku berada dihadapan kaabah dengan abah. Aku memegang dinding kaabah. Masyaallah…Dan kemudian aku terus terjaga.

Nafas aku mula teratur dengan normal. Tiada kahak mahupun sakit tekak. Panas sudah berkurangan dan lemah badan sudah hilang…subuh sabtu  aku bangun dan melor ajak ke masjid. Aku turutkan..walaupun dlm perjalanan aku muntah sebab perut yg kosong dan hanya minum air zam2 dan air kelapa..yg pasti..air kelapa tu yang keluar semula.

Alhamdulillah..mungkin demam sebab rindukan abah..terlalu rindu..susah nak gambarkan perasaan rindu tu macam mana…takkan hilang sampai bila2. Sebab dr rumah lagi aku mmg teringatkan dia..namun kupendam semua. Iyer…smua adik beradik abah dah tiada..abah yang bongsu. Dan abah yang terakhir dijemput Ilahi. Moga abah sekeluarga ditemukan semula..Moga abah sentiasa diberkati dan dalam lindungan Allah..


Alfatihah untuk abah Halim Bin Hajah Mulia