Wednesday, July 5, 2017

Atur masa

Assalamualaikum

Bermula tahun lepas, kesihatan mak melor dah merundum jatuh...lepas dia kena lakukan operation buang anak jari tgn kanannye, diikuti hujung tahun disahkan pesakit dialisis...hidup aku dan melor terus bertukar...hospital kembali jadi rumah kedua aku selepas arwah abah dulu...
Dan sebelom seminggu raya, mak dimasukkan semula ke hospital sebab lebihan air dlm badan..nasib baik dibenarkan pulang esok harinya..pertama kali dia tido sorg2 di wad sebab kami tak dpt cuti..
Namun minggu lepas, tiba2 dpt berita abah masuk hospital..sebab tak boleh kencing...tapi tak admit..cuma masuk salur tiub kncg dan doktor suruh balik bersama beg kencg tersebut..datang semula selepas 2 minggu katanya...
Pada mulanya kami suspek batu karang.
..oleh sebab aku tiada semasa kejadian..hr rabu abah ke hkl..khamis ada bleeding sedikit dan abah kena pg hkl dan mereka tukar tiub kencg semula..allahu sakitnya..terus teringat abahtok..uwaaa...
Khamis masih tidak admit dan selepas hantar abah ke rumah mak, aku dan melor terus carikan abah katil dan tilam..tido saje di ruang tamu..tak perlu naik atas..jumaat hantar mak ke tawakall utk urusan cuci darah...lepas pulang dan masak, abah mengadu sakit...dan dia minta hantar ke kpj tawakal kerana tidak tahan lagi..kami ke wad kecemasan dan setiba disana prosuder yg sama dihkl dibuat.tukar tiub semula..dan dengar suara abah kuat menahan sakit..
Baru sempat bertanya penyakit abah...yg kami sangkakan batu karang..rupanya ia adalah prostat.....aku hampir terkejut..namun doktor terangkan ia hanya bengkak prostat...trus lega smula...moga abah kuat..dan moga bengkak prostat abah semakin elok...sehingga hari ini, abah dah semakin ssihat..tak pasti sihat benar atau abah buat2 sihat sebab tak mahu menyusahkan kami...moga Allah bantu kami...
Dan sekarang bila kerja siang tanpa malam dan rasa seperti kerja yg panjang, aku rasa sangat2 penat..tak larat...moga aku kuat...