Tuesday, July 27, 2010

selesai sudah






salam

alhamdulillah
selamat sudah semuanya walaupun dlm keadaan yg tergesa-gesa.tapi puas hati juga sebab walaupun bukan ini yang kami pinta tetapi alhamdulillah..Allah membantu kami sekeluarga dengan segala jalan yang mudah, walaupun padamulanya seperti tiada jalan penyelesaian. Allah beri kami semua kekuatan terutama pada mak untuk meneruskan segalanya...




bukan riak ataupun ego..bukan mahu menunjuk-nunjuk ataupun meninggi diri tetapi bagi aku semua org berhak diraikan semeriah itu..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...segala pujian hanya padamu YaAllah..Alhamdulillah..
Aku sayangkan dia sebab dia terlalu baik untuk kami semua.walaupun agak malas tapi untuk mak dan arwah abah, dia akan menurut sahaja.semasa abah sakit, dia yang membawa abah kesana kesini...dia yang membawa mak membeli keperluan dapur..dia yang membantu mengangkat abah bila abah tak larat bangun...
masa abah perlu dibawa ke hospital jb, dia yang pergi temankan abah...dia juga yang menelefon aku sambil menangis menyuruh kami semua dtg ke jb melihat abah yang semakin tenat..dan dia juga yang membantu mak selepas pemergian abah meninggalkan kami semua.
dan rasanya aku belum puas menyayangi dia..sedih bila aku perlu menerima hakikat bahawa adikku akan berkahwin dan akan bergelar suami.ahhh kejam betul perasaan ini.
sebab itu aku bekerja keras untuk dia.penat aku berbalas dengan senyumannya..dan ia hilang bila memandang wajah mulus mak...






dan aku tahu kami semua sayangkan dia..dari hari pertama kami menghantar wang belanja lagi aku amat bangga kerana kesemua 7 adik beradik aku ada dibawah satu bumbung..along,abang,aku,bib,aman,adan n nora..arghh bahagia n sungguh kelakar
dan aku tahu aku punya keluarga yang amat bahagia.
alhamdulillahh...kami semua sepakat menyediakan brg hantaran sehingalah menyediakan pelamin.kebetulan pentas pelamin memang ada ms aku kawin dulu(abah yang buat)..kerusi pun aku punya..stand bunga sidia yg buat mcm ms bib kawen..bunga2 amik dr umah jiran mak (cik b) dan cik nani bawak dr kl..ada gak beli sikit kat segamat tapi ms beli tu dah nak habis sebab ada keramaian(org cinanya keramaian apa ntah)






25/07 aku memang sebak gila ms tengok dia sangat smart memakai baju melayu putih untuk majlis nikah jam sepuluh..yang pasti suasana pilu menyelubungi semua ahli keluarga.selepas nikah juga suasana sedih sekali lagi menyelubungi kami.dan yang pasti kami semua lega kerana penantian itu telah berakhir.. alhamdulillah






Untuk adikku Mohd Hamdan Halim aka adan/aldo..semoga bahagia hingga keakhirnya.kak t doakan adan gembira bersama pasangan hati.yang pasti kami sayangakan adan..