Thursday, October 28, 2010

bila tak der keje

Hujan renyai diluar amat mendamaikan. walaupun jam sudah melebihi angka 1 pagi, tanda-tanda mahu lena belum ada.tangan masih ligat menekan tetikus konon nak habiskan permainan internet supaya dapat markah yang lebih tinggi. tiba-tiba ada sesuatu jatuh kebumbung rumah dengan bunyi yang kuat.terkejut dengan bunyi itu aku memperlahankan volume komputer. hati mula resah. peluh mula memercik kecil didahi.aku masih terdiam.perut mula memulas dan kurasa semakit kecut segala usus yang ada.suara tv juga ku perlahankan.apakah bunyi itu?5 minit yang berlalu kurasa bagai satu jam...tapi tiada apa yang berlaku. suara peti televisyen ku kuatkan kembali. aku teruskn permainan di skrin komputer dan rasa sakit perut sudah hilang.kawan serumah yang bekerja malam menyebabkan aku terpaksa tidur seorang diri.
"dam..dam""alamak berbunyi lagi la.bumbung nak runtuh ker"detik hatiku.kali ini lagi kuat.terus ku capai telefon bimbit.niat dihati mahu telefon si Rina yang masih bekerja.kulihat signal telefon emergency....."arghhh kenapa plak emergancy ni"bentak hatiku.denga tangan yang menggeletar aku cuba menutup telefon dan membuka semula dengan harapan kembali pulih la handphone aku ni.tapi masih gagal.mahu sahaja ku baling ke dinding.ku lihat tombol pintu aku dah berkunci.kunci diatas juga telah kuselak.bukan apa hanya untuk keselamatan.dan aku terus memandang jam didinding.."0140 pagi"suara kecilku keluar..hati masih tak tenteram.dan kemudian dengan tidak semena-men jeriji tingkap ku pula di goncang.hati semakin resah.segala ayat suci telah kubaca tetapi kurasa semuanya tunggang langgang.air mata mula mahu menitik.aku nekad mahu menyelak langsir tebal itu.biarlah apa mahu jadi malam ini aku mahu lihat.dengan tangan yang terketar-ketar aku menyelak langsir dan kulihat mata merah itu memandang tepat ke arahku.mahu menjert tapi mulut terkunci sendiri.mahu ku melangkah kebelakang tetapi umpama tangan dan kaki dipasak.dan yang pasti makhluk itu tersenyum indah mempamerkan gigi sakti yang panjang melepasi dagu..
dan aku hanya tersedar apabila bahang mentari pagi menyimbahi badan dan yang pasti aku pengsan selepas kejadian itu.

#citer ni sesajer jer..hehehe