Friday, October 15, 2010

jauh

salam

aku mahu peluk kamu
aku mahu cium kamu
aku mahu berbicara denganmu
tapi aku rasa kau semakin menjauh dariku
adakah aku ini menyusahkan
atau aku yang tiada perasaan


aku bukan yg pandai berdikari
aku bukan yang pandai mengambil hati
aku bukan yang pandai meninggi diri
tapi aku tahu kau tetap dihati

aku sayang kamu
aku rindu belai tanganmu
aku rindu senyuman manismu
walau nampak urat tua dimukamu
tapi itu terlalu mahal bagiku
kerna aku tahu kau terlalu banyak bersabar
yg pasti aku amat merindui dirimu

aku tahu aku tidak pandai berbicara
aku tahu aku suka pendam duka
tapi kadangkala aku mahu bercerita
cuma aku takut kau pula yg berduka
tidak mengapalah
aku rela berduka asal kau bahagia
cuma aku mahu kau tahu
aku merasa kau memang semakin menjauh dariku
semakin jauh dan semakin dilupai