Monday, April 25, 2011

nenek







Tiba2 aku teringat pada arwah nenek. Arwah adalah mak abah aku n for info semua family sebelah abah aku dah tiada dimuka bumi.semoga mereka bertemu dan bahagia disana. Nenek antan, nenek, mak long, anjang, angah shim, angah ghani dan akhir sekali abah anak yg bongsu. Nenek aku dulu duduk kat perak. Seberang perak. Tak banyak kenangan ms kecil aku ingat dengan nenek.yg aku ingat, rumah nenek ada pokok besar giler yg tumbuh dekat dapur n nenek tak potong.jadi dlm rumah pokok tu membesar.



Lepas kami pindah felda, terus terputus hubungan dengan nenek.maklumla masing2 baru nak mulakan hidup baru. Aku Cuma tahu nenek duduk dengan anjang kat kuantan. Masa umur aku 9-10 tahun tak silap nenek dtg rumah. Kami amik gmbr ramai2 n itulah gmbr yg ada dengan arwah nenek. Ms tu mak buat kek yg sedap.



Lepas tu lepas nenek antan meninggal, nenek pegi mondok (sekolah pondok kat area perak)...tapi disebabkan nenek tak sihat dah so abah amik n duduk ngan kami. Abah sayang sgt nenek. Dia yang mandikan nenek. Basuh berak kencing nenek. Mak pun sama.jaga mak mentua dia tanpa belah bahagi. Mak akan sediakan makanan pagi petang mlm untuk nenek. Kalau aku balik cuti, aku mskkan nasi claypot untuk nenek sebab dia suka mkn nasi claypot.besar pahala mak n abah kan? Aku jer mcm maner plak perjalan hidup....



Nenek baik dengan aku. Aku selalu sikat rambut nenek. Kdg2 kalau aku balik mengejut, aku akan pegi jumpa nenek n cium dia. Pastu nenek akan buat muka terkejut kat aku.. rindu nenek.



Mak ckp nenek sayang aku. Arwah abah pun ckp macam tu. Mak ckp dr kecik lagi nenek syg dgn aku lebih dry g lain. Ntahla tapi aku pun memang rapat dgn nenek.



Tapi yg rajin layan nenek jugak adalah bib. Kalau bib balik siap lengkap mknan nenek. Siap ada buah lagi bib susun. Yerla dia ada seni akunyer seni hampes.



Nenek meninggal kat rumah mak long. Ms tu aku dah kawin n melor bawak aku balik untuk jumpa nenek. Tapi ms kami sampai tu dah mlm. Diorang nak kebumikan mlm tu jugak.
Hmm rindu sangat kat nenek.
Nenek semoga nenek bahagia dan berkumpul brsama suami n anak2 nenek disana. nenek jumpa abah kim slm yerk. Et rindu abah jugak.






lots of luv


kekodokbulat

2 comments:

Cik Cammy Lia said...

sedekah kn alfatihah yer awak.. sabar tau..family abah awk bape org?kire adik beradik seme dh xde eh??

kekodokbulat said...

hi cik cammylia...
tq yer...family abah saya ada 5 org...n arwah anak ke 5 wak...yups semua dah meninggal n yg hidup pun kami jer penyambung generasi..kuasa Allah wak.bila DIA nak ambil, bila2 masa ajer kan? bila dikenang balik sedih tapi Kuasa Dia melebihi segala-galanya...
wallahuallam