Tuesday, May 17, 2011

peringatan



salam


akhirnya aku mendapat satu kesimpulan setelah apa yang berlaku dalam hidup aku akhir2 ini. mungkin ia hanya dugaan kecil untuk aku supaya kembali kepada-NYA. memohon pertolongan, bermunajat serta muhasabah diri aku yang hina ini. tiada yang kekal milik kita. tiada kegembiraan tanpa diselangi dengan air mata. dan tiada kejayaan tanpa berbuat apa-apa.
mungkin aku perlu mencari diri aku lebih dalam lagi. mengenali org lain mungkin senang tetapi untuk melihat diri sendiri amat sukar bagi aku walau ruma penuh cermin pun kerana hanya org lain yng boleh melihat siapa aku, perangai aku, menilai aku dan yang pasti setiap keputusan itu akan mengubah haluan hidup aku.
walau teruk dugaan yang melanda, walau hebat masalah yang datang, ia cuma peringatan untuk aku kembali mengingati Yang Maha Pencipta, Yang Maha Mendengar dan Yang Lebih Mengetahui segalanya.
alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku kembali dan sentiasa beringat dengan segala kejadian. yang pasti segala yang buruk adalah dr aku sendiri, sikap marah aku, kurang sabar n syok sendiri...hehehe
mudah berkata-kata, sukar mengotakannya, mudah berjanji senang memungkiri
dan aku bersyukur kerana aku tahu Allah sayangkan aku sebab sentiasa mengejutkan aku dari mimpi yang melalaikan aku...alhamdulillah...semoga dugaan ini mematangkan aku, membantu aku menjadi manusia yang lebih berguna dan kurangkan cakap yg sia-sia...huhuhu
semoga hidup kita semua diberkati...insyaallah

p/s:tak sabar nak mkn brownies kartika sari...hurmmm dapnyerrr


lots of luv
kekodokbulat