Sunday, June 12, 2011

bolehla

Kata orang

Jangan terlalu suka ketawa

Kelak menangis merintih hiba

Mengharap ia bukan terjadi keatas kita

Tapi,

Itu orang yang kata

Aku tak ckp apa2

Walaupun kutepuk dada bak kata mereka

Jawapan tetap sama

Yang terjadi ada hikmahnya

Yang berlaku ada tersuratnya

Walau indah bak bintang kejora

Walau pahit buat aku rasa sengsara

Tetapi itulah yang mengajar segalanya

berhati-hati bila melangkah

berkira-kira mahu ketawa

membilang segala butir tutur kata

sebelum lidah digigit berdarah

atau tergeliat dek gigi yg bersepah

bukan mudah melupakan semua

bukan indah pun kenangan lama

walaupun bila kuingat semula

ia semakin menyesakkan jiwa

tiada keindahan yang menjelma

hanya mimpi ngeri bak di penjara

atau aku yang masih tidak kenal erti dunia

yang hanya melalaikan dan sering terlupa

walau diingat berkali-kali masih ku alpa

menangis, meronta mahupun merintih pedih

namun tak mampu diluahkan melalui kata2

tak keluar sedikitpun melalui air mata

hanya bermain diminda dan dijiwa

yang akhirnya hilang bersama luka

yang tetap akan menjelma bila dikenang semula

dan yang pasti

tiada siapa yang perlu aku salahkan

mungkin hati aku yang terlalu rapuh untuk dipegang

atau jiwa aku terlalu lembut untuk di sentuh

dan aku terlalu naif untuk segala-galanya

lots of luv

kekodokpelik