Sunday, July 17, 2011

langkahku

salam
kita bermula dengan merangkak
perlahan-lahan mengangkat badan walaupun berat
kemudian bertatih selangkah walaupun lelah
akhirnya kaki dialun umpama wira
melangkah semula walaupun bersepah
namun bila badan gagal diimbang
kita terus jatuh tersembam

bila direnung kembali
kini walaupun aku mampu berlari
kadangkala aku jatuh juga
samaada terus jatuh menghempap bumi
atau tersadung salahkan kaki
mencari rentak jalan yang tersembunyi
melihat sekeliling yang tiada seri

dan kehidupan yang semakin kelam
umpama perjalananku yang tersadung
dimalam terang
walau lampu menyuluh serata alam
langkahku tetap longlai untuk mara kehadapan

oh bulan malam yang terang
bantulah aku terangi jalan
wahai engkau silampu jalan
janganlah padam semasa aku datang
duhai matahari yang bersinar
pancarkanlah suriamu diserata alam
biar hangatnya menggigit ketulang hitam
dan aku akan terus ingat segala detik kelam
supaya aku terus maju kedepan
menggapai impian yang belum ditangan



p/s:genggam api biar jadi bara

sayangkamulajulaju
et