Thursday, December 8, 2011

rewang pt 1

alhamdulillah semuanya selesai sudah..aman pun dah boleh senyum lega.. yerla dia pun ckp risau selagi majlis tak selesai...petang jumaat aku gerak n jumpa di tol simpang empat dengan aman aka pengantin. malam tu kami nak singgah makan pun semua kedai dah tutup.hujan sama masa kami balik tu..sangat lebat.. risau jugak aku kalau hujan masa kenduri aman nanti.
kami sampai umah mak 120 pagi...semua orang masih tak tido sebab sibuk pakai inai.. along mak paling busy la..makanya aku pun terus tak tido tolong yg patut coz pagi2(sabtu) orang dah datang rewang. jadi kena la tolong sediakan sarapan. memang la diorang buat juga tapi mak aku ni sukaa buat extra. biar yg dtg rewang pun suka.
aku kukus kuih lompang sampai jam 5. then suh mak lelap kejap aku terus potong bawang ngan jagung buat coq jagung...along pun dah bangun sebab dia nak buatkan pau...sedapnyer pau along...tapi disebabkan jam umah mak tu salah, along ingat dia dah tido sejam pdhal setengah jam jerk..hahaha..sian along...
dan oleh kerana mata aku dah tak tertahan aku pun mintak pi tidoq..ingat nak lelap setengah jam jerk..terbabas sampai sejam..muahahaha
so pagi sabtu tu, orang rewang masak telor dan buat lauk untuk makan mlam nanti untuk marhaban..selain itu, depa siang gak ayam n daging..oleh kerana ada masalah untuk beli lembu, makanya akikah umaq buat len kali..so mak beli tulang n daging kilo ajer...

yg bawah ni la tukang masak nyer..en harun..alhamdulillah sagat, lauk memang superb sedap. semua orang suka + teringat-ingat. aku pun sampai sekarang duk teringat kari lembu cik harun yang sedap tu..kari pekat tak mcm kari, mcm rempah apa ntah tapi memang marbeles.

pak cik mat leham-goreng ayam
ni bang dolah..sepupu aku..org kuat ni
yg ni mak leb(akak ipaq aku)
ni abang aku bersama ayam2 nyer
susunan ayam sebelum dikerjakan. best betol cara depa buat kerja...berderet jerk ayam2 tu atas meja
menu tengah hari..makcik2 rewang yg masak

ni bahagian perempuan...makcik2 buat keje sambil berborak
dalam rumah
itu jerla la untuk part 1 ni..aku kan suka celoteh.banyak sungguh nak tinggal untuk kenangan masa depan disini...nanti anak atam leh baca macam mana mummy n dady dia kawin..hehehe


lots of luv
et