Monday, May 21, 2012

cucur bawang & kopi o


Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.

Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.

Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

ehsan : BP

sebab novel ni melor asyik post kat fb kata dia bengang kat aku asyik baca ini buku jer...
sebab novel ni melor mesej aku cakap tak nak makan cucur bawang dah(kita tengok ler kan)
sebab novel ni dia sorokkan buku sebab tak nak aku baca bila balik rumah

hahaha...takper sok lusa aku sorok laptop ngan tab dia..tengok sapa yang nangis guling 2..muahaha

tak pernah lagi aku baca karya hasrudi jawawi ni...aku asyik gelak jer..itu yang melor jeles tu..hahaha.
takper melor, u paling cute dan chomel...(alololo suweetnyer)

lots of luv
et