Monday, November 5, 2012

aku tension, aku tak suka, aku menyampah


1-aku tak suka kena paksa. Aku rasa semua orang memang tak suka kena paksa. Semua benda tak payah la nak sebut banyak kali. Contohnya

1.1 ko tak nak kuruskan badan ker. Makan la produk sekian-sekian. Bila dah kurus senang dapat anak. Suruh laki ko makan sama. Kami risau tengok dia tu badan besaq sangat…
Alololololo suwitnyerrrrr..nyampah

1.2 ko tak nak anak ker? ko tak pegi chek ker? ko tak sunyi ker?
helooooooo aku dah penat jawap semua soalan2 bangsat mcm ni. sebelum2 ni aku malas nak amik port, sekarang jiwa aku sensitip sebab aku dah makin tua. jadi jiwa memang rapuh sangat mcm kaca. sikit2 sentap..pastu nangis..pastu belasah melor..hahaha..best.
gila tak nak anak...nak ar..itu la manusia yg akan doakan aku dan melor bila kami takder nanti..ko ingat aku tak pkr ke mcm mana aku bila mati nanti. sapa nak sedekah fatihah or yasin kat aku n melor..tapi perancangan Allah melebihi segalanya...
sunyi tu tak payah citerla...aku yang keje shift ni takper..tu si melor tu..hingat aku pi keje tak terpkr ke dia buat apa..tapi yerla..takkan aku nak cerita semua benda ni kat semua orang yg tanya..tapi sekarang ni aku memang dah habis kata2 n taktau nak cakap mcm mana kalau org tanya...yang aku tau aku SENTAP jer...nyampah 2 x.

2-aku tension bila telepon orang tapi tak berjawab. Harap telefon jer canggih. Asyik2 voice mel…arghhh sentap..tapi nak buat macam mana kalau dah canggih sangat gadget, kepala otak org lain pun semakin canggih. Dah mcm pakai gps dah..james bond sungguh semua manusia kat dunia berpusat di bumi Malaysia.

3-aku bertambah tension bila aku nak tolong orang tapi aku jugak manusia yang kena marah…memang tensen tahap gaban gila vavi.

4-aku sangat tak suka bila aku keluar mcm2 benda nak kena sangkut. Adakah aku hanyalah manusia berbadankan pokok krismas bergerak.

5-aku benci bila pagi2 mula kerja kena marah. Kemudian datang pulak manusia yg lebih tua dr aku (memang tua pun) sedap jerk panggil akak…adussss terus down mood kerja hari ini. Bukan nak suruh panggil adik atau sayang pun..tapi panggil la dengan tanda hormat sket..aku pun boleh panggil dia encik...dia sesedap lidah jer panggil “akakkkkk”..

aku tulis sebab aku geram, aku tulis sebab aku marah, aku tulis sebab aku sentap walaupun aku tahu ada yg kata "ada aku kesah"...hahaha..lantaklaaaa

lots of luv
et

1 comment:

Angah said...

sabare sabare...selalunya yang panggil kit akak tu tua n uban dari kita....