Monday, November 19, 2012

Kasihnya Qaseh


aku baru berpeluang tengok cerita ni...chomelnyer cik ta jadi kasih...kisah yang sedih..kesian dia...tambah hero dia faizal husin..lagi best..faizal berlakon jadi org lembam dan lurus bendul. cik ta pun jadi org lurus bendul.
pastu kelakar plak bila depa nak cari nama bagi nama anak depa..last senang nak ingat bagi nama sayang jer..hahaha..tapi ntah napa dlm sinopsis jadi mimi pulak.....

sinopsis
Kisah menyayat hati lakonan berkesan pelakon cantik Rozita Che Wan menyusul kemudiannya, drama Kasihnya Qaseh yang menonjolkan sisi lain dalam dirinya dengan membawakan watak ibu tunggal kurang upaya yang hidup bersendirian setelah kematian suami akibat kemalangan. Kehidupannya sentiasa dirundung malang apatahlagi bila anak tunggalnya, Mimi dirampas hak penjagaannya oleh Sheila, adik kandungnya sendiri. Sheila sebenarnya miliki agenda sendiri mahu membolot insurans yang diambil arwah suami Qaseh untuk Mimi yang masih bersekolah.

Mujur masih ada insan yang bersimpati terhadap mereka apabila Cikgu Habsah, guru Mimi masuk campur. Dia menasihatkan Qaseh agar tidak sesuka hati menurunkan tandatangan seperti yang diminta Sheila kerana dengan mudahnya hak mereka bakal dirampas. Namun berjayakah Sheila menjayakan niat jahatnya?


kalau berminat boleh tengok kat sini



lots of luv

et