Monday, July 1, 2013

cinta jangan pergi

assalamualaikum

cinta jangan pergi!!!!..malam tadi last episod..sedih gilos sebab hud mati..rasa macam nak jerit jer sebab hud mati..dah la mati sebab selamatkan si shireen tu.hampesdotcom betoi..baik giler la hud tu..best jer dengan bila dgr dia cakap..mcm sopan gilos la..kahkahkah..tapi bengang ar sebab lea tak kawen ngan hud..huhuhu


ni sinopsis citer cinta jgn pergi pada sapa yg tak follow ini cerita..

Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri. 

Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.

akupun selalu gak tak dpt tgk live citer ni coz kojo aku kan tak tentu masa(ceh mcm busy bebenau)...tapi aku cari je kat intenet..aku follow sebab ms tu baru balik paris kan..jd excited ar aku..tapi aku masih tak puas hati ni sebab hud mati ni..adoi masalah sungguh ni..

minggu ni semua episod akhir..teduhan kasih last episod hari selasa..nasibbbbbb baik aku ada kat umah..mihmihmih..akan ku tenung ehsan habis-habisan..muahahaha...jumaat ni citer sebenarnya saya isteri dia pun last juga..tgk gezek tu mcm ubah jer dr novel..tapi antara novel dgn drama aku suka drama lagi..coz bestttt..hahaha..

tapi aku tak puas hati lagi ni sebab hud mati..ok lah bai

lots of luv
et