Saturday, October 4, 2014

selamat hari raya qurban

hujan lebat menemani sabtu aku
selebat hujan yang turun
sehebat galau dihatiku yg gersang
terlaju ia membasah bumi
seberkas penuh melenjun wajah

andai aku di 20 tahun dahulu
berlarian bogel tanpa baju
terselit peluh masam tak bernafsu
tulang tersembul terkurang zat
nasi putih bersulam minyak
itu lauk yang maha hebat
disuap emak di hujung beranda
berebut kami bertukar suapan
umpama burung yang kelaparan

gembira hati bukan kepalang
disuap bonda kononnya berkasih sayang
sedang rupanya mahu menutup kesusahan
ntah dia makan atau dia sebenarnya menahan kelaparan

andai 20 tahun dahulu
abah kesungai mencari ikan
masuk kehutan mencari ayam
mendakut burung sampai deman
dikacau jembalang
mencari rotan menambah wang
sehinggakan ikan yang buruk dijadikan makanan
yang mana sekarang menjadi ingatan
sedapnya mungkin hanya jd kenangan
baunya tengik menjadi igauan
kerana hanya abah yang tahu ikan pilihan

dan smuanya mampu kami telan
tak pernah melihat abah mengeluh
andai kurang hasil ladangan
abah kehutan mencari makanan
andai tiada duit ditangan
kami tak pernah tidor kelaparan
andai makanan terpaksa dicatu
abah mencari dilain jalan
andai smua barang dinaikkan
abah kata takpe itu semua utk kemajuan...

abah
andai kita masih seperti dulu
biar terpaksa mencari rotan
et sanggup kezaman itu
andai ikan buruk jadi santapan
et rela kembali kesitu
andai mampu et undurkan
et mahu ke tahun itu
andai et ada peluang abahhhh....

sebenarnya et tak kuat
dan terasa et terduduk tanpa boleh diangkat

et rindu abah....

selamat hari raya qurban abah....

alfatihah